Sunday 6 May 2012

9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki


9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki





Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain



.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

Friday 4 May 2012

Bagaimana Nak Memikat Hati Lelaki Ego

Bagaimana Nak Memikat Hati Lelaki Ego


Assalamualaikum 


Well, dulu aku selalu cakap yang it is okay bila perigi pergi mencri timba. Tak ada hal. Tapi, I think im gonna change my mind due to own and friends’ experiences. Well, there are two things you (girls) must remember kalau you all nak luahkan perasaan dan memikat lelaki.

1. You are his type + cute + high confident.
You are cute. You are awesome. You are not cheap. You play hard to get. Not so social. Yeah, perfect package. So, mesti ada lelaki yang suka kat kau. Lelaki tu pulak asyik stalk kau. So, kalau kau pun suka dia, and then, what the hell you waiting for? Lelaki kalau dia serious suka kat kau, memang dia akan rasa malu-malu bila face to face dengan kau. Biasalah, lelaki kan pemalu. So, bila kau at this point, tak ada masalah untuk kau luah kan perasaan. Dengan kata lain, kalau kau yakin yang dia pun suka kat kau, cepat-cepat luahkan perasaan. Or else you gonna lose game.

Lelaki dan perempuan berbeza. Kalau lelaki tu tak handsome, gemuk dan bla bla sekalipun, tapi dia pandai mengayat awek, sure akan cair awek tu. Tapi kalau perempuan, once lelaki tu tak suka sebab fizikal perempuan, super susahlah perempuan tu nak tackle lelaki tu. 

2. You are not desperate.
I dont know about the girls. Tapi kalau lelaki tu tak suka certain perempuan ni,  10 kali perempuan tu mengurat lelaki, 100000 kali lelaki tu akan rasa rimas. And once lelaki tu rasa rimas, there are no way lelaki tu akan suka kat perempuan tu. Okay fine mungkin ada chance. Chance tu sentiasa ada. Tapi super low. Dan itu, akan membuatkan perempuan tu nampak pathetic. And desperate.



Tapi, kalau lelaki. 10000 kali perempuan rasa rimas, 10000000000 kali lah lelaki akan terus mengurat. Lelaki akan cuba, cuba, cuba dan terus cuba sehingga dia dapat buat perempuan tu cair. Biasalah. lelaki; the most amazing creature in the world. Never give up. Ehem ehem.

**********

So, kalau anda (girls) tak ada dua benda di atas, tapi anda nak juga luahkan perasaan, then you guys are taking a big risk.  

Well, dalam seumur hidup aku, aku pernah jumpa sekali je a couple yang perempuan buat first move. Caranya, perempuan tu luahkan perasaan kat lelaki tu. Well, perempuan tu memang hot stuff ah. Dah lah hot stuff, alim pulak tu. Bak kata orang Hot and Cold. Two in one. Tu belum masuk lah perangai dia yang malu-malu dan pendiam. Cara perempuan tu tackle lelaki yang dia suka tu senang je. Dia pergi kat lelaki tu, then dengan selamba dia cakap "Saya suka awak". Di tambah dengan keberanian bak srikandi melayu dan kecomelan semasa malu-malu, perh. Cair beb.

So, dengan mudah je lelaki tu coupel dengan perempuan tu. Tapi, ianya hanya bertahan selama beberapa bulan. Which is giving the attribute to "Perigi tak patut mencari timba".



Aku tak pasti lah macam mana. Tapi, dari apa yang aku perasan, lelaki lebih suka perempuan yang aggressive. Serious shit, lelaki tak suka perempuan yang terlampau lemah gemalai. Terlampau lembik. Lelaki suka a girl yang boleh stand up for herself. Dan yang penting, berani melawan. Sebabnya, lelaki suka mengusik. Alah, macam cerita Korea lah. Si lelaki dan si perempuan mesti hari-hari gaduh. Tapi korang yang tonton mesti rasa romantik kan? Macam tu lah. Lagi pun, kalau susah nak mengusik, bosan ah. Dah la lelaki cepat bosan dengan seorang perempuan. Then bila lelaki mintak putus, terus kata lelaki tu player. Padahal, lelaki tu bosan je.

"Abis tu, macam mana nak tahu yang pasangan tu sesuai dengan kita dan tak akan rasa bosan?"

Actually, korang tak akan tahu. Tapi, andai kata masa bergayut pun korang berdua boleh rasa bosan, apa tah lagi bila masa tak bergayut, kan? Maksud aku, try ah cari someone yang kalau korang duduk berdua tanpa cakap apa pun, korang akan rasa.... indah. Err, ya, indah mungkin perkataan yang sesuai.

Cuba korang bayangkan. Duduk di atas bukit yang tinggi, di waktu malam sambil melihat bintang. Tak ada kata-kata yang keluar. Yang ada hanya bunyi angin dan suasana samar-samar sinar malam. Duduk di situ untuk menikmati suasana hening. Feeling beb. Korang tak pernah ke rasa macam ni? Ah korang. Tak romantik langsung.

When a girl comes and approached a boy;

“Adakah lelaki akan pandang rendah kepada perempuan yang confess kat lelaki?"

No. Why? Rujuk balik dua point di atas. And if you are wondering :

"Betul ke lelaki hanya suka perempuan cantik / lawa / comel dan kurus je?"

Well, honestly, yeah. Secara kasarnya, boleh kata 60% lelaki di dunia PREFER perempuan kurus dan ramping. Maksudnya, dieorang suka perempuan kurus. Tapi kalau dah jatuh cinta dengan perempuan chubby-chubby sikit tak ada hal. 25% lelaki di dunia memang tak akan tertarik dengan perempuan berisi. 5% lelaki suka perempuan berbadan besar / gemuk. 10% gay yang suka lelaki ada six pack. Sama seperti perempuan yang suka padang perut lelaki.

"But, the beauty is always in the eye of beholder."

Maksudnya, kau huduh macam mana pun. Kau pendek macam mana pun, mesti akan ada orang suka. Jadi, jangan la fikirkan sangat pasal cinta. What is cinta anyway?

Tengok lelaki ah. Perut buncit. Tapi awek, mak ai. Keliling perut. Yang perempuan, make up sana sini, sedut lemak sana sini, pak we tak der gak. 

So, find someone you can live with. Not dying for.